the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

39 mangsa, 9 rumah terjejas akibat ribut di Perlis

KANGAR: Sebanyak 39 mangsa membabitkan sembilan buah rumah di enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis terjejas dalam kejadian ribut yang berlaku antara 4 petang hingga 6 petang semalam.

Pengarah Kebajikan Masyarakat Perlis Ku Chik Ku Mat Esa berkata empat rumah rosak di DUN Sena akibat ribut itu manakala masing-masing satu rumah di DUN Tambun Tulang, DUN Chuping, DUN Beseri, DUN Santan dan DUN Bintong.

“Kejadian ribut yang berlaku semalam menyebabkan sembilan rumah kediaman mengalami kerosakan yang boleh dibaiki semula dan kesemua rumah ini telah disiasat dan telah diproses untuk pembayaran (bantuan),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ku Chik berkata pihaknya telah melawat mangsa 8 pagi tadi dan menyerahkan bantuan kit bencana selain barangan keperluan dan sumbangan daripada PETRONAS.

Beliau berkata pihaknya sedia menawarkan khidmat kaunseling kepada mangsa ribut sekiranya diperlukan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings