the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

45 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Sebanyak 45 rumah yang dibina di atas air musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut Logpond di sini petang ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata anggaran keluasan kawasan kebakaran itu membabitkan 9,000 meter persegi.

“BBP Tawau menerima panggilan kecemasan pada 2.31 petang dan 44 pegawai serta anggota bomba bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian terletak 4.1 kilometer dari BBP Tawau.

“Operasi pemadaman dilakukan dengan tiga aliran pancutan (hos) menggunakan sumber air daripada jentera bomba, pili bomba serta air laut,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Jemishin tiada kematian dilaporkan dalam kebakaran itu.

Beliau berkata kebakaran dapat dikawal pada 4.31 petang dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, ketika dihubungi pemberita Jemishin berkata siasatan awal mendapati sebanyak 180 mangsa terkesan akibat kejadian kebakaran di kampung berkenaan.

“Kampung ini ada kira-kira 300 rumah, walaupun api berjaya dikawal pihak bomba masih memantau keadaan sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta mangsa, penduduk kampung dan orang ramai supaya tidak pergi ke kawasan kejadian pada masa ini sebagai langkah keselamatan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings