the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Abang maut dalam kebakaran, adik sempat selamatkan diri

KUANTAN: Seorang lelaki maut manakala adiknya melecur pada bahagian tangan dalam kejadian kebakaran di Felda Tersang Satu, Raub awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa dalam kenyataan berkata Abd Shukur Abdullah Suhaimin, 46, meninggal dunia di tempat kejadian apabila terjatuh di bahagian belakang rumah ketika menyelamatkan diri.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.42 pagi dan seramai 15 anggota dari Balai Bomba Raub dan Sungai Koyan diarahkan ke lokasi kejadian sejauh kira-kira 38 kilometer.

“Bomba mendapati sebuah rumah jenis sementara berkeluasan 3,520 kaki persegi dan sebuah rumah kekal 3,200 kaki persegi yang terletak bersebelahan antara satu sama lain sedang marak terbakar.

“Dalam kejadian itu, Abd Shukur dilaporkan meninggal dunia apabila terjatuh di bahagian belakang rumah ketika cuba menyelamatkan diri sementara adiknya Abdul Hadi Abdullah Suhaimin, 39, melecur pada bahagian tangan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata anggota bomba dan pegawai perubatan sudah berusaha memberikan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) bagi menyelamatkan Abd Shukur tetapi gagal sementara adiknya yang melecur dirawat anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Bomba berjaya mengawal kebakaran itu pada pukul 2.51 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya.

“Anggaran kemusnahan akibat kebakaran itu ialah 100 peratus bagi rumah sementara manakala hanya 20 peratus bagi rumah kekal,“ katanya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings