the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Adun Kota Siputeh, Kedah terlibat kemalangan dekat Arau

KANGAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Siputeh, Kedah Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir, 37, terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori di Jalan Padang Chempa menghala ke Changlun dekat Arau malam tadi.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Abdul Mohsin Md Rodi berkata Mohd Ashraf Mustaqim bagaimanapun hanya mengalami luka ringan pada bahagian mulut dalam kejadian kira-kira 9.05 malam itu dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini.

Abdul Mohsin berkata insiden itu dipercayai berlaku apabila kereta Perodua dipandu ADUN itu tidak sempat mengelak lori berkenaan yang diparkir di kaki lima jalan dalam keadaan melintang dan melanggar kenderaan tersebut.

“Akibat daripada kereta ini telah terlanggar bahagian sisi kiri belakang lori tersebut, kereta ini telah terbabas masuk ke dalam longkang denai di kaki lima jalan sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemandu lori berusia 66 tahun tidak mengalami kecederaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings