the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Amirudin: Kerajaan negeri tiada kuasa luluskan kenaikan tarif air

SHAH ALAM: Kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa meluluskan kenaikan tarif air dan perkara itu perlu dibawa ke peringkat kementerian (Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) meskipun wujud keperluan untuk berbuat demikian.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata mana-mana negeri akan bersetuju dengan peningkatan tarif air yang menjadi penyelesaian kepada peningkatan kos operasi ditanggung oleh syarikat konsesi.

“Mana-mana menteri yang bertanggungjawab untuk menguruskan air, sumber asli akhirnya akan bersetuju peningkatan tarif adalah sebahagian daripada solusi. Berbanding elektrik sebenarnya air tertanggung sekian lama.

“Seperti negeri Pahang mereka menanggung beban hutang besar sebab mereka tidak dapat menaikan (tarif) 30 tahun, hanya Johor berjaya meningkatkan sebelum 2018 sebab itu mereka mampu menukar keseluruhan 20,000 paip-paip yang perlu digantikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor, hari ini.

Bagaimanapun, Amirudin berkata Selangor kekal meneruskan pemberian air percuma walaupun berdepan kos yang tinggi selepas melihat inisiatif itu memberi kebaikan kepada rakyat.

Dalam pada itu, Amirudin berkata kenaikan tarif air turut dipersetujui oleh negeri lain termasuk daripada negeri yang diterajui Perikatan Nasional.

Menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN-Hulu Kelang) berhubung semakan tarif air yang didakwa akan dibuat dalam masa enam bulan pada tahun hadapan, Amirudin berkata perkara itu perlu diputuskan di peringkat pusat.

“Sebab bukan kita (kerajaan negeri) putuskan sepenuhnya, kena diputuskan di peringkat Pusat. Kita tiada tarikh lagi, jadualnya sekitar enam bulan pertama tahun depan selepas persetujuan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Itu persetujuan bersama, saya sudah sebutkan secara objektif semua negeri bersetuju, bukan hanya terbeban negeri kita tetapi negeri lain. Kita belum putus lagi bila hendak menaikkan tarifnya sebab jadual ditetapkan oleh menteri,” katanya.

Sidang DUN Selangor ditangguhkan sehingga 10 pagi esok. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Elm to showcase Saudi digital transformation model at LEAP East Hong Kong, eyes APAC...

Saudi Arabia's Elm Company will take part in LEAP East Hong Kong 2026 as Business Solutions Partner, the company has announced, ahead of the event's opening on 8 July 2026, marking its push to deepen ties with governments, tech ecosystems and businesses across APAC.

Taylor’s College SS15 campus to be transformed into purpose-built student living development

Situated within one of Malaysia’s key education hubs, the project is being developed by Taylor’s Assets, the property investment and asset management arm of Taylor’s Education Group, in partnership with Gamuda Land.

Southeast Asia’s first AIGC creation ecosystem platform – Omirol launched, partnering with China’s V...

The 2026 Malaysia AI Innovation and Development Exchange Forum and the launch of Omirol, Southeast Asia's first native AIGC creation ecosystem platform, were successfully held in Kuala Lumpur. The event was jointly organized by FSBM Holdings Berhad, a Bursa Malaysia-listed company, and MOCHI MEDIA SDN. BHD.

Lawnova returns to spoga+gafa with second-generation robotic mower built for AI boundary setup-free navigation

As spoga+gafa opens its doors in Cologne, Yosemite Robotics is returning to Europe with Lawnova, its own robotic mower brand, and a second-generation lineup designed to move the category beyond wire-free mowing toward boundary setup-free outdoor automation.

Harris Hotel & Conventions Sunshine Penang opens, marking the brand’s first presence in Malaysia

HARRIS Hotel & Conventions Sunshine Penang officially opens its doors today, marking the debut of the HARRIS brand in Malaysia and introducing a vibrant new hospitality, meetings and lifestyle destination in the heart of Ayer Itam.

Montfort Boys Town reinforces Malaysia’s TVET talent pipeline with 107 skilled graduates

Montfort Boys Town has produced yet another cohort of skilled and industry-ready graduates, with all 107 students from its 2026 graduating batch successfully attaining their Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Level 2 certification.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings