the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anggota APMm terbabit kejadian tembakan jalani pembedahan mata esok

KOTA KINABALU: Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang cedera pada mata dalam kejadian tembakan di Lahad Datu pada 7 April lepas akan menjalani pembedahan lanjut di Hospital Queen Elizabeth, di sini esok.

Pemangku Timbalan Pengarah (Operasi) APMM Sabah dan Labuan Komander Maritim Siti Khairunnisak Abd Aziz berkata pembedahan itu bagi memastikan kornea Bintara Muda Maritim Zainal Abas Komel, yang juga Ketua Bot Banggi 48, Zon Maritim Lahad Datu, masih boleh berfungsi atau sebaliknya.

“Pemeriksaan awal perlu dilakukan terlebih dahulu oleh pakar mata bagi memastikan anggota berkenaan (Zainal Abas) mendapat rehat secukupnya sebelum menjalani pembedahan berkenaan,“ katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook agensi itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, terdahulu Siti Khairunnisak mengadakan lawatan kebajikan terhadap Zainal Abas hari ini dengan disertai Timbalan Pengarah Pengurusan APMM negeri Siti Norhaini Osli.

Siti Norhaini pula memaklumkan pihak APMM akan menjaga kebajikan anggota berkenaan dan ahli keluarganya sepanjang mereka berada di Kota Kinabalu.

Dalam kejadian pada 8.30 pagi itu, dua anggota APMM cedera ditembak dan seorang daripadanya cedera pada mata kiri ketika menjalankan operasi rondaan Op Khas Pagar Laut di perairan Kunak.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

WTK Holdings to dispose of three Miri oil palm estates for RM221.5 million

The RM221.5 million price tag covers three transactions across the Positive Deal, Biogreen and Borneo estates, and reflects a 5.7% premium over their aggregate independent valuation. Proceeds are earmarked mainly for working capital (RM185.6m) and debt repayment (RM27.0m).

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings