the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anthony Loke: Khazanah tiada perancangan jual pegangan MAHB

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan menolak dakwaan bahawa Khazanah Nasional Bhd berhasrat untuk menjual pegangannya dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada Rakan Infrastruktur Global (GIP), seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook (gambar) berkata tiada pengumuman rasmi daripada Khazanah berhubung hasrat untuk menjual pegangannya dalam MAHB.

“Belum ada pengumuman daripada kerajaan untuk menjual kepada GIP. Perkara ini tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.

“Isu pemilikan ekuiti bagi MAHB untuk (mencari) rakan strategik tidak melibatkan Kementerian Pengangkutan,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat, hari ini.

Loke menjelaskan bahawa Kementerian Pengangkutan hanya berfungsi sebagai pengawal selia dan tidak boleh terlibat dalam penstrukturan semula ekuiti MAHB yang merupakan pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Struktur ekuiti itu terpulang kepada Khazanah dan mereka akan membuat keputusan dan akan buat pengumuman kalau ada berkenaan penstrukturan semula pegangan ekuiti.

“Saya cukup yakin dengan pengalaman dan profesionalisme Khazanah untuk membuat penilaian dengan siapa mereka mahu pilih rakan strategik,” katanya.

Khazanah kini adalah pemegang saham terbesar dalam MAHB dengan 32.67 peratus, manakala Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memiliki 7.06 peratus kepentingan ekuiti. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img