the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anthony Loke: Prasarana diarah kemuka laporan lengkap insiden tayar Monorel terbakar

KAJANG: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) diarah supaya mengemukakan laporan penuh berhubung insiden tayar monorel terbakar dan terjatuh di atas jalan raya di laluan Stesen Monorel Titiwangsa pada Selasa lepas.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata beliau difahamkan Prasarana kini sedang giat menjalankan siasatan dan laporan lengkap berhubung kejadian itu akan diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam tempoh terdekat untuk tindakan lanjut.

“Kita memandang serius berhubung perkara ini dan punca kejadian mesti diselidik,” katanya pada sidang media di Stesen MRT Stadium Kajang di sini hari ini.

Dalam kejadian di laluan Stesen Monorel Titiwangsa, di sini Selasa lepas, pengguna jalan raya yang melalui Jalan Tun Razak cemas apabila tayar monorel terbakar sebelum terjatuh di atas jalan raya.

Bagaimanapun insiden yang berlaku kira-kira 12.57 tengah hari itu, tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan penumpang dan pengguna jalan raya selain tidak mengganggu operasi monerel pada hari kejadian.

Terdahulu, Loke merasmikan projek rintis koc wanita bagi perkhidmatan MRT laluan Kajang di Stesen MRT Bandar Tun Hussien Onn, Cheras sebelum dibawa menaiki MRT untuk untuk meninjau pelaksanaan koc wanita itu.

Sementara itu, Loke turut memberi jaminan kementerian dan Prasarana akan menambah baik infrastruktur perkhidmatan pengangkutan awam terbabit termasuk dalam soal penyelenggaraan kenderaan dan stesen Monorel.

“Ketika ini semua pintu di platform di stesen monorel tidak berfungsi dan masalah itu dikesan berlaku sejak beberapa tahun lalu kerana sistem sedia ada tidak dapat diintergrasikan. Sehubungan itu Prasarana telah diminta untuk menyelesaikannya,” katanya.

Beliau berkata masalah itu terjadi akibat kontraktor asal sistem berkenaan yang sudah tidak beroperasi, namun permasalahan itu dijangka dapat diselesaikan pada suku keempat 2024. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Elm to showcase Saudi digital transformation model at LEAP East Hong Kong, eyes APAC...

Saudi Arabia's Elm Company will take part in LEAP East Hong Kong 2026 as Business Solutions Partner, the company has announced, ahead of the event's opening on 8 July 2026, marking its push to deepen ties with governments, tech ecosystems and businesses across APAC.

Taylor’s College SS15 campus to be transformed into purpose-built student living development

Situated within one of Malaysia’s key education hubs, the project is being developed by Taylor’s Assets, the property investment and asset management arm of Taylor’s Education Group, in partnership with Gamuda Land.

Southeast Asia’s first AIGC creation ecosystem platform – Omirol launched, partnering with China’s V...

The 2026 Malaysia AI Innovation and Development Exchange Forum and the launch of Omirol, Southeast Asia's first native AIGC creation ecosystem platform, were successfully held in Kuala Lumpur. The event was jointly organized by FSBM Holdings Berhad, a Bursa Malaysia-listed company, and MOCHI MEDIA SDN. BHD.

Lawnova returns to spoga+gafa with second-generation robotic mower built for AI boundary setup-free navigation

As spoga+gafa opens its doors in Cologne, Yosemite Robotics is returning to Europe with Lawnova, its own robotic mower brand, and a second-generation lineup designed to move the category beyond wire-free mowing toward boundary setup-free outdoor automation.

Harris Hotel & Conventions Sunshine Penang opens, marking the brand’s first presence in Malaysia

HARRIS Hotel & Conventions Sunshine Penang officially opens its doors today, marking the debut of the HARRIS brand in Malaysia and introducing a vibrant new hospitality, meetings and lifestyle destination in the heart of Ayer Itam.

Montfort Boys Town reinforces Malaysia’s TVET talent pipeline with 107 skilled graduates

Montfort Boys Town has produced yet another cohort of skilled and industry-ready graduates, with all 107 students from its 2026 graduating batch successfully attaining their Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Level 2 certification.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings