the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Armizan: JPA diminta pertimbang tambah perjawatan kontrak, tetap APM

KAJANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempertimbangkan penambahan perjawatan kontrak dan tetap bagi pegawai serta anggota di peringkat daerah dan negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali (gambar) berkata perkara berkenaan telah dibawa ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk diperhalusi.

Bercakap dalam sidang media selepas Majlis MADANI Siaga “Sigap Pertahanan Awam: Siaga MTL (Monsun Timur Laut)” di Ibu Pejabat APM Kajang hari ini, Armizan berkata JPM akan membentangkan cadangan itu kepada JPA dalam tempoh terdekat.

“Menjadi satu keperluan untuk diwujudkan perjawatan tetap dan kontrak tambahan kepada APM khususnya bagi mempertingkat serta memperkasakan kefungsian APM sebagai urus setia kepada jawatankuasa bencana di peringkat negeri dan daerah,” katanya.

Mengulas mengenai MTL, Armizan berkata APM telah meningkatkan kesiapsiagaan dengan kekuatan 1,203 pegawai dan 13,637 anggota di seluruh negara, manakala dari segi jentera operasi pula melibatkan 991 bot dan 675 aset darat.

Armizan berkata banjir pada skala besar dijangka berlaku serentak di Johor, Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Justeru, katanya bagi meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi risiko bencana MTL kali ini, APM menyediakan Pasukan Respon Bencana Sokongan (PARAS) dari negeri sekitar yang akan digerakkan sebagai pasukan tindakan balas (responder) pada bila-bila masa.

Menurutnya bagi Kelantan, pasukan PARAS yang akan membantu adalah dari Perlis, Perak dan Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara, manakala pasukan PARAS Selangor dan Kuala Lumpur akan membantu Terengganu.

Di Pahang, pasukan PARAS yang akan membantu adalah dari Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur dan Negeri Sembilan, manakala Johor akan dibantu pasukan PARAS Melaka dan Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan.

Menurut Armizan penubuhan PARAS merupakan antara strategi penambahbaikan dalam meningkatkan kesiapsiagaan bencana di seluruh negara.

Terdahulu, APM hari ini menerima aset baharu antaranya 225 motosikal, 100 ambulans, 46 kenderaan pacuan empat roda dan enam bot enjin berkuasa 250hp. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Huawei Announces Wi-Fi 7 Patent Licensing Rates, Reaffirms Commitment to Transparent and Reasonable Licensing

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Huawei today announced that its patent licensing royalty rate for Wi‑Fi 7 technologies would be set at US$0.5 per unit for Wi Fi 7 compliant devices.

Thailand Secures $4.1 Billion in EV Chain Investments as Southeast Asia Auto Hub Pivots...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Thailand has secured over $4.1 billion (approx. 137 billion baht) in investment pledges across its electric vehicle (EV) supply chain, solidifying its position as Southeast Asia's primary automotive manufacturing hub as global carmakers realign their production networks toward clean energy.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings