the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ayob Khan: Kurang penyeliaan punca pegawai, anggota polis terlibat salah laku

KUALA LUMPUR: Masalah kurang penyeliaan terhadap pegawai dan anggota polis antara punca segelintir mereka terlibat dalam pelbagai salah laku, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay (gambar).

Beliau berkata sekiranya masalah penyeliaan itu dapat diperkemaskan, berkemungkinan untuk pegawai dan anggota terjerumus melakukan perbuatan melanggar tatatertib dapat diatasi.

“Insya-Allah akan berkurangan, penyeliaan dan tindakan tanpa bertolak ansur itu penting dan ini yang dapat mengekang bakal-bakal pegawai dan anggota polis yang berniat untuk telribat dalam sebarang salah laku.

“Sebagai contoh, dua peratus polis terlibat salah laku manakala 98 peratus adalah okey. Walaupun sedikit jumlah peratusan (terlibat salah laku) tetapi mereka inilah yang mencemarkan imej PDRM (Polis Diraja Malaysia) keseluruhannya.

“Sekiranya ada bukti mencukupi, kami tangkap dan terus tuduh di mahkamah,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai beberapa anggota polis terlibat dengan pelbagai jenayah seperti memiliki ketum, merogol dan memeras ugut orang awam yang berlaku baru-baru ini.

Ayob Khan berkata PDRM tidak bertolak ansur dengan sebarang penglibatan pegawai dan anggota polis dalam sebarang salah laku.

Mengulas sama ada prosedur operasi standard (SOP) pengambilan pegawai dan anggota polis perlu diperkemaskan, beliau berkata SOP berkenaan telah lengkap dan tiada masalah.

“Mereka ini sebelum masuk polis memang okey, berkemungkinan tindakan semasa mereka masuk polis iaitu persekitaran dan terdapat dugaan besar akhirnya menyebabkan mereka terlibat salah laku,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings