the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Azalina: Kerajaan laksana kajian untuk perkukuh perundangan tangani jenayah dalam talian

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menjalankan kajian untuk mendapatkan satu keputusan dasar berhubung pindaan kepada perundangan sedia ada dan penggubalan undang-undang baharu mengenai prosedur dan kuasa bagi menangani aktiviti jenayah dalam talian secara komprehensif.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar) dalam kenyataan hari ini berkata usaha yang termasuk kajian perbandingan dan konsultasi awam itu akan dilaksanakan selama tiga bulan bermula bulan depan dengan kerjasama ahli akademik di universiti tempatan.

“Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan dan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk terus menangani isu jenayah dalam talian bagi memastikan kewujudan persekitaran digital yang selamat untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata inisiatif itu akan dilaksanakan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).

Perkara itu hasil keputusan mesyuarat antara BHEUU, NFCC, Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), yang dipengerusikan beliau hari ini.

“Sebagai tindak balas kepada cabaran yang semakin meningkat yang disebabkan oleh ancaman jenayah dalam talian, Kerajaan Perpaduan menggiatkan usaha dan komitmennya untuk memerangi jenayah dalam talian melalui reformasi perundangan selaras dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi.

“Mesyuarat ini bertujuan untuk meneliti cabaran dan undang-undang sedia ada di bawah pelbagai kementerian dan/atau agensi yang berhubungan dengan ancaman jenayah dalam talian dan mengenal pasti langkah perundangan yang komprehensif yang boleh membanteras jenayah tersebut,” katanya.

Menurut kenyataan itu, lebih RM173 juta jumlah kerugian dilaporkan setakat 30 Nov lepas dengan 8,213 kertas siasatan dibuka NFCC, PDRM, MCMC dan BNM melibatkan pelbagai peruntukan termasuk melibatkan 529 akaun yang dibekukan dengan nilai lebih RM65.9 juta. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings