the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Azalina: Konvensyen khas perkasa penglibatan KRT dalam melindungi kanak-kanak

KUALA LUMPUR: Konvensyen Khas Pesuruhjaya Kanak-Kanak Malaysia yang melibatkan Persatuan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) akan diadakan pada suku pertama tahun hadapan sebagai usaha meningkatkan penglibatan komuniti dalam perlindungan kanak-kanak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar) berkata menerusi konvensyen itu anggota KRT akan dijelaskan mengenai peranan mereka agar dapat menjadi mata dan telinga kerajaan bagi memantau sebarang isu melibatkan golongan rentan itu.

“Dalam konvensyen itu, kita mahu memperkasa peranan KRT untuk mereka faham instrumen, proses membuat laporan, faham undang-undang terutamanya berkaitan Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

“Ini selari dengan hasrat untuk memperkasa keselamatan kanak-kanak bagi membolehkan mereka melaporkan sendiri sebarang ancaman yang diterima. KRT boleh memainkan peranan meningkatkan kesedaran golongan ini memandangkan mereka berada dalam komuniti sama dengan pelapor (kanak-kanak),” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat bersama Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang dan Pesuruhjaya Kanak-Kanak Malaysia Dr Farah Nini Dusuki di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Azalina berkata inisiatif kerjasama dengan KRT termasuk platform aduan tersendiri melibatkan kes jenayah dalam komuniti, diharap dapat membantu mengurangkan isu kes-kes berkaitan jenayah terhadap kanak-kanak yang kurang dilaporkan.

Sementara itu Aaron berkata pihaknya menerusi 8,379 komuniti KRT yang mempunyai gabungan seperti jiran sepakat, jiran muda, jiran wanita dan jiran warga emas sedia memainkan peranan lebih dominan dalam memperkasa keselamatan kanak-kanak dalam komuniti. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Addressing medical inflation

Consumers are struggling as medical insurance premiums surge, with over 340,000 dropping coverage amid calls for price regulation and stronger public healthcare

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings