the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Azeem sambar emas, gangsa di Georgia

KUALA LUMPUR: Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi (gambar) memulakan musim baharu dengan bergaya selepas merangkul satu emas dan satu gangsa di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat pada Sabtu (awal pagi tadi waktu Malaysia).

Pada kejohanan Yellow Jacket Invitational di Georgia Tech, pemegang rekod kebangsaan itu yang mewakili Universiti Auburn, Alabama menduduki tempat ketiga dalam acara 100 meter (m) lelaki selepas mencatatkan masa 10.38 saat (s), menurut laman web live.pttiming.com

Dua rakan sepasukannya Makanakaishe Charamba di tempat kedua dengan catatan 10.28s dan Kanyinsola Ajayi merakam 10.21s untuk muncul pemenang.

Pemenang pingat gangsa 100m lelaki Sukan Asia Hangzhou 2022 itu kemudian membantu kuartet 4x100m lelaki Universiti Auburn yang turut dibarisi Charamba, Ajayi dan Dario Matau memenangi emas dengan catatan masa memberangsangkan 38.74s.

Mereka menewaskan kuartet dari Universiti Olahraga Missouri yang meraih naib johan dengan 40.59s dan tempat ketiga menjadi milik Universiti Middle Tennessee yang mencatat 40.71s.

Kejohanan itu merupakan pertandingan di luar dewan pertama disertai Muhammad Azeem tahun ini selepas beraksi dalam beberapa kejohanan dalam dewan di Amerika Syarikat sejak Januari lepas.

Pertandingan itu juga aksi terakhir Muhammad Azeem dalam bulan Ramadan bagi menumpukan perhatian kepada latihan selain menjalani ibadah puasa di perantauan.

Catatan musim terbaik tahun lepas atlet kelahiran Teluk Intan, Perak itu ialah 10.11s dan beliau memegang rekod kebangsaan 10.09s yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun 2022 di Cali, Colombia.

Muhammad Azeem yang akan menginjak usia 20 tahun bulan depan, perlu melakukan catatan 10s atau menempatkan diri dalam 48 pelari terbaik dalam ranking dunia bagi merealisasikan impiannya meraih debut di Sukan Olimpik Paris bermula Julai ini.

Bekas pemegang rekod kebangsaan Watson Nyambek merupakan atlet negara terakhir bersaing dalam acara 100m lelaki di Olimpik iaitu pada edisi Atlanta 1996 dan Sydney 2000, manakala bekas raja pecut Asia Tenggara Nazmizan Muhammad menjadi wakil negara terakhir beraksi dalam acara 200m lelaki pada edisi Athens 2004. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings