the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bajet 2024 Perak dibentang Jumaat ini

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

IPOH: Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Perbekalan 2024 oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad (gambar) bakal menjadi tumpuan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang akan bermula Jumaat ini.

Speaker DUN Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan diberi peluang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dengan masa diperuntukkan kepada penyokong kerajaan dan ketua pembangkang adalah 40 minit seorang, manakala ADUN lain 20 minit seorang.

“Sesi perbahasan dijadualkan mula berlangsung pada persidangan kedua iaitu Isnin, 4 Dis ini. Tiada usul persendirian, tiada kejutan (untuk persidangan kali ini), kita tunggu bajet daripada kerajaan negeri.

“Saya rasa ini belanjawan pertama oleh Kerajaan Perpaduan negeri. Belanjawan tahun lepas dibuat sejurus pilihan raya umum, jadi yang kali ini pasti menarik,“ katanya pada sidang media berkaitan Mesyuarat Kelima, Tahun Pertama, Dewan Negeri Yang Ke-15, Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Mohammad Zahir berkata Persidangan DUN Perak turut menyediakan empat skrin LED besar bagi memudahkan ADUN melihat infografik pembentangan bajet itu secara terus berbanding sebelum ini menerusi penstriman secara langsung di laman Facebook dan YouTube.

Mohammad Zahir berkata persidangan akan berlangsung dari 1 hingga 8 Dis dan sesi soalan lisan bakal diadakan dengan tempoh diberikan untuk sesi kali ini adalah 60 minit berbanding 90 minit sebelum ini bagi memberi lebih masa kepada sesi perbahasan.

Beliau berkata bagi RUU kedua iaitu Enakmen Wasiat Orang Islam (Perak) 2023, juga akan dibawa oleh Menteri Besar dengan enam ADUN terlibat bagi sesi perbahasan RUU itu.

“Kita pun ada sesi libat urus petang ini berkaitan dengan enakmen wasiat,“ katanya.

Pada 20 Julai tahun lepas, Persidangan DUN Perak meluluskan usul persendirian berkaitan Enakmen Wasiat Orang-Orang Islam Negeri Perak bagi memelihara kebajikan anak-anak yatim di negeri ini.

Orang ramai boleh mengikuti penstriman secara langsung sepanjang persidangan diadakan melalui saluran YouTube DUN Perak dan pautan akan dipaparkan di portal rasmi Kerajaan Negeri Perak serta laman Facebook rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sepanjang hari persidangan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img