the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir: Orang ramai diminta tangguh perjalanan ke pusat bandar Kota Tinggi

KOTA TINGGI: Orang ramai yang berhasrat ke pusat bandar di sini, diminta menangguhkan sementara perjalanan mereka ke kawasan tersebut susulan keadaan paras air banjir yang masih tinggi

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata beberapa jalan di pusat bandar seperti Jalan Tun Seri Lanang hingga ke kawasan jambatan, selain Jalan Abdullah dan Jalan Niaga Utama masih dinaiki air menyebabkan tidak dapat dilalui kenderaan kecuali bot penyelamat.

“Saya menyeru kepada penduduk yang terjejas dan orang ramai yang ingin memasuki bandar Kota Tinggi agar menangguhkan sementara pergerakan mereka ini hingga air surut atau keadaan kembali seperti sedia kala,“ katanya kepada pemberita ketika operasi menyelamat di kawasan pusat bandar di sini hari ini.

Beliau berkata 112 orang awam yang terperangkap dalam banjir di kawasan pusat bandar berjaya diselamatkan sejak air naik mendadak bermula 9 malam hingga 4 pagi tadi.

Menurutnya operasi menyelamat kebanyakkan melibatkan mangsa banjir yang terperangkap di kawasan rumah dan premis perniagaan, namun masih ada antara mereka yang enggan berpindah.

“Ada segelintir daripada mereka fikir situasi banjir ini sekejap dan tidak berbahaya. Apabila air semakin naik, (barulah) mereka mohon pertolongan dan dengan sikap profesionalisme anggota agensi penyelamat kita, semua mangsa yang terperangkap berjaya dikeluarkan dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara berhampiran,“ katanya.

Selain itu, Hussin berkata tiada laporan atau aduan mengenai kehilangan harta benda atau kecurian susulan banjir.

Mengenai jalan tutup pula, beliau berkata meskipun ada jalan utama ditutup untuk laluan, terdapat beberapa jalan alternatif yang boleh dilalui untuk ke Mersing dan ke Kota Tinggi.

“Ada jalan seperti di Johor Bahru-Kota Tinggi dan Kota Tinggi-Mersing melalui pintasan dan jalan Simpang Pasak ke lampu isyarat Bandar Penawar untuk ke Johor Bahru, tetapi ia mengambil masa yang agak panjang kerana pengalihan jalan,” tambahnya.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi Mohd Shawaluddin Ami Nordin berkata pihaknya mengatur gerak tiga aset bot dan dua lori lima tan untuk operasi penyelamatan serta pemindahan mangsa banjir.

Beliau berkata antaranya operasi penyelamatan di kawasan kediaman di sekitar pusat bandar dan Kampung Tembioh berdekatan Kampung Makam di sini sejak awal pagi tadi.

“Bermula awal pagi tadi, kita sudah terima tujuh panggilan untuk operasi penyelamatan mangsa banjir di kawasan Bandar Kota Tinggi dan Kampung Tembioh. Situasi banjir hari ini, air masih berarus dan ramalan cuaca dikatakan pada sebelah petang akan hujan. Sebelum petang kita akan selesaikan operasi menyelamat.

“Pada sebelah malam dijangka berlaku air pasang dengan anggaran ketinggian 2.2 meter, jadi bersama pelbagai agensi lain kami sentiasa bersiap siaga untuk sebarang kemungkinan. Koordinasi penyelamatan juga dibuat bersama Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings