the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banyak mata tertumpu kepada skuad Harimau Malaya di Qatar

DOHA: Peningkatan prestasi skuad Harimau Malaya di bawah bimbingan pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan Gon, telah menarik perhatian banyak pihak antaranya para jurulatih serta presiden persatuan bola sepak di rantau ini.

Perkara itu dikongsikan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin (gambar), yang turut memaklumkan penampilan Malaysia pada Piala Asia 2023 di sini ditunggu-tunggu susulan kejayaan menumbangkan beberapa pasukan di ranking dunia lebih tinggi sebelum ini.

“Di pihak AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) ataupun presiden (persatuan bola sepak) dan jurulatih, mereka teruja dengan pencapaian kita…mereka mengatakan teruja nak tengok persembahan kita selepas prestasi kita berdepan Kyrgyzstan dan India sebelum ini.

“Ini merupakan satu harapan yang tinggi dan perlu dilihat sebagai satu cabaran untuk kekalkan prestasi ini dalam pertandingan seterusnya. Apa yang penting adalah perlu kekal konsisten,” katanya kepada media Malaysia di sini.

Malaysia menikmati persembahan yang memberangsangkan di bawah Pan Gon apabila berjaya merekodkan tujuh kemenangan termasuk menentang pasukan di ranking dunia lebih tinggi, dua seri dengan pasukan 100 terbaik dunia dan hanya tewas dalam 10 perlawanan kompetitif sepanjang 2023.

Diundi dalam Kumpulan E, Malaysia akan memulakan cabaran menentang Jordan di Stadium Al Janoub di sini, malam ini (16 Jan 1.30 pagi waktu Malaysia) sebelum bertemu Bahrain di Stadium Jassim Bin Hammad (20 Jan) dan menentang juara dua kali Korea Selatan di Stadium Al Janoub pada 25 Jan.

Pasukan negara yang menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke Piala Asia menyasarkan untuk mencipta sejarah layak ke pusingan 16 terbaik selepas Malaysia terkandas di peringkat kumpulan dalam tiga penampilan sebelum ini.

Ikuti berita dan info terkini tentang PIALA ASIA 2023 menerusi asiancup.bernama.com. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings