the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bapa hilang ditemukan di Singapura 4 tahun lepas meninggal dunia di Kelantan

KUALA LUMPUR: Jika empat tahun lepas anak-anaknya berkongsi berita gembira tentang pertemuan ayah mereka di Singapura tetapi hari ini khabar duka pula dikongsikan.

Ali Jais, warga Malaysia yang terpisah dengan tiga anak kandungnya kira-kira 20 tahun ketika itu, telah meninggal dunia di Hospital Pasir Puteh, Kelantan, kira-kira 4 petang tadi.

“Abah pergi ketika saya sedang mengelap badannya. Saya memanggilnya tetapi tiada sahutan. Saya panggilkan jururawat dan bila diperiksa saya dimaklumkan Abah sudah tiada,” kata Hasliza, anak sulong, yang menghubungi Bernama untuk menyampaikan berita duka itu.

Menurut Hasliza bapanya yang dibawa ke Kelantan untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga di sana dimasukkan ke hospital pada hari raya kedua akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Pencarian anak-anak Ali, sekitar November 2020, telah menarik perhatian warga Singapura yang turut membantu mencari keberadaan warga emas itu.

Pencarian Ali berakhir kurang 24 jam selepas berita berkaitan dirinya dilaporkan koresponden Bernama di Singapura.

Ali, 88, ditemukan di sebuah rumah jagaan warga emas di republik itu.

Walaupun bersedih hanya sempat bersama kira-kira empat tahun sahaja selepas ditemukan, Hasliza dan dua lagi adiknya tetap bersyukur bapanya menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarga di Malaysia.

Atas kerjasama baik pihak berkaitan di kedua-dua negara, Ali berjaya dibawa pulang kepangkuan anak-anaknya sebulan selepas ditemukan sewaktu sempadan Malaysia-Singapura ditutup berikutan pandemik COVID-19 ketika itu.

Ali dijangka dikebumikan pada malam ini.

Untuk ‘Abah’ Al Fatihah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings