the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bapa rayu anak perempuan 14 tahun pulang ke pangkuan keluarga

ALOR SETAR: Seorang bapa merayu anak perempuannya yang berusia 14 tahun yang dipercayai menghilangkan diri sejak dua hari lepas untuk pulang ke pangkuan keluarga dengan segera.

Sofan Feroza Mat Yusop, 45, berkata anaknya Sofea Auni Adilah telah keluar dari rumah bekas isterinya di Bandar Amanjaya, Sungai Petani kira-kira pukul 8.30 malam pada Selasa lepas.

“Anak saya dihantar ke rumah ibunya untuk menghabiskan cuti persekolahan dan tiada sebarang masalah atau perubahan tingkah laku yang berlaku. Kami sekeluarga baru pulang bercuti dari Thailand dan menyambut ulang tahun kelahirannya beberapa hari sebelum dia hilang.

“Saya menerima panggilan telefon dari bekas isteri yang memaklumkan bahawa anak tiada di rumah kira-kira pukul 8.50 malam sebelum bergegas ke Sungai Petani dari Alor Setar untuk mencari anak bersama bekas isteri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata dia telah meminta bekas isterinya untuk membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada pukul 2 pagi selepas panggilan yang dibuat ke telefon digunakan anaknya tidak berjawab.

“Kami sangat bimbang dengan keselamatan Sofea yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Saya juga tidak dapat tidur lena dan tiada selera makan sejak kehilangannya.

“Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat atau ternampak anak saya yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Convents Alor Setar itu boleh menghubungi talian 019-5007303,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings