the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Batik Air Indonesia gantung juruterbang susulan tertidur semasa penerbangan

JAKARTA: Batik Air Indonesia telah menggantung juruterbang dan pembantu juruterbangnya selepas mereka tertidur semasa penerbangan domestik pada Januari, menurut syarikat penerbangan komersial itu, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Juruterbang itu tertidur semasa penerbangan balik ke Jakarta dari Kendari selepas melepasi ketinggian penerbangan, tetapi pembantu juruterbang itu secara tidak sengaja tertidur ketika mengendalikan pesawat, kata Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia (KNKT) dalam satu laporan.

“Batik Air mengambi tindakan pencegahan dengan menggantung sementara juruterbang nombor penerbangan ID-6723, di laluan Kendari ke Jakarta, yang bertugas pada 25 Januari,“ menurut jurucakap Danang Mandala Prihantoro dalam satu kenyataan pada hujung minggu.

Insiden itu menyebabkan kehilangan komunikasi apabila pesawat tersasar daripada laluan penerbangan yang betul dan kawalan trafik udara Jakarta tidak dapat menghubungi pesawat selama 28 minit, kata KNKT.

Situasi itu diperbetulkan selepas juruterbang pertama terjaga dan menjawab panggilan pusat kawalan dengan mengaitkan masalah itu kepada isu radio, jelas laporan itu. Pesawat itu mendarat dengan selamat di Jakarta.

Syarikat penerbangan itu berkata ia memperkukuh protokol keselamatannya dan menekankan kepentingan rehat untuk anak kapalnya.

Menurut laporan KNKT juruterbang pertama mempunyai tempoh rehat selama 35 jam manakala pembantu juruterbang yang baru bergelar bapa kepada pasangan kembar berusia sebulan, mendapat rehat 53 jam tetapi mengalami gangguan tidur.

Isterinya menjaga kedua-dua bayi manakala pembantu juruterbang turut membantu ketika di rumah, menurut laporan itu. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings