the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bayi tiga bulan meninggal dunia pada hari pertama di pusat asuhan

SHAH ALAM: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia selepas dipercayai tidak sedarkan diri ketika berada dalam jagaan di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Setia Alam di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa bayi terbabit pada 3.31 petang dua hari lepas.

Beliau berkata terdahulu, bapa bayi berkenaan telah menghantar anaknya buat kali pertama ke pusat asuhan itu pada 8.30 pagi sebelum dihubungi pengurus pusat berkenaan dua jam kemudian memaklumkan mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa telah dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia setelah usaha menyelamatkan dibuat.

“Bedah siasat telah dijalankan di Unit Forensik Hospital Shah Alam semalam (5 Mac) dan pihak polis sedang menunggu laporan makmal untuk tindakan lanjut,“ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Iqbal berkata pemeriksaan awal terhadap bayi itu mendapati tiada sebarang kesan kecederaan luaran mahupun dalaman.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings