the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas CEO GLC didakwa sembunyi RM150,000 hasil aktiviti pengubahan wang haram

SHAH ALAM: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyembunyikan wang RM150,000 hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram.

Mohd Zamry Sulaiman, 52, didakwa menyembunyikan wang hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram yang diterima daripada seorang lelaki di dalam bilik tidur utama kediamannya, di sebuah pangsapuri di Taman Dagang, Ampang dekat sini, pada 5.40 petang, 9 April lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 4(1)(d) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram, atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Anita Harun kemudian membenarkan Mohd Zamry diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain melarangnya mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes tersebut selesai serta menetapkan 13 Dis bagi pengurusan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Julaila Jamaludin manakala tertuduh diwakili peguam Muniandy Vestanathan dan Ashok Athimulan.

Pada 24 Okt lepas di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan, Mohd Zamry didakwa bersubahat dengan seorang lelaki atas pertuduhan secara rasuah menerima suapan wang RM350,000 daripada seorang lelaki sebagai upah membantu sebuah syarikat dilantik bagi melakukan kerja-kerja menaik taraf sistem mekanikal dan elektrikal di Kompleks Bangunan Getah Asli di Kuala Lumpur. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings