the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas Mrs Malaysia World Priyaa Simmi terima Anugerah Wanita Ikonik Global

KUALA LUMPUR: Bekas Mrs Malaysia World Priyaa Simmi menerima anugerah berprestij Global Iconic Woman 2023 atas sumbangan cemerlang dalam inovasi digital dan pemerkasaan wanita.

Anugerah itu disampaikan kepada bekas ratu cantik dan usahawan itu pada Persidangan Antarabangsa Inovasi Pelbagai Bidang dalam Pendidikan, Sains Sosial, Kemanusiaan dan Perniagaan (MIESHB – 2023) yang berlangsung di Manipal Globalnxt University, Malaysia pada 22 Dis.

“Anugerah Global Iconic Woman bukan sahaja memperakui kepintaran perniagaan Priyaa, bahkan terhadap peranan dan pengaruh beliau dalam membentuk masyarakat yang lebih maju, perkasa dan selamat.

“Hasil kerja Priyaa melambangkan fokus persidangan itu dalam inovasi pelbagai disiplin dan potensinya untuk memupuk masa depan yang lebih sihat dan progresif,” menurut kenyataan yang disediakan kepada Bernama.

Priyaa adalah bukti visi Kolej Wanita E.M. Gopalakrishna Kone Yadava yang ditubuhkan pada tahun 1974 untuk memperkasa wanita yang kurang bernasib baik dari segi sosioekonomi.

Teras pencapaian Priyaa ialah Security2u, platform keselamatan perintis di Asia yang menawarkan perkhidmatan keselamatan premium untuk individu dari semua latar belakang.

Pendekatan inovatif ini telah mengubah landskap keselamatan tradisional, meletakkan Priyaa di barisan hadapan dalam perubahan industri.

Kepintaran beliau dalam bidang keusahawanan dibuktikan melalui Ecoqueen, platform e-dagang yang diasaskannya sekali gus mencerminkan komitmen untuk menyepadukan inovasi digital dalam perniagaan.

Yayasan Pendidikan dan Penyelidikan DhyanDharm yang berpangkalan di Madurai, Tamilnadu, India, mengiktiraf sumbangan menyeluruh beliau dan meletakkan beliau sebagai simbol pendidikan holistik dan kesedaran wanita. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings