the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas pekerja kilang dipenjara 10 tahun atas kematian rakan serumah

PUTRAJAYA: Seorang bekas pekerja kilang terlepas tali gantung selepas pertuduhan membunuh rakan serumahnya dipinda kepada homisid salah tak terjumlah membunuh.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail di sini hari ini menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara terhadap Somchit Charen, 37, kerana membunuh Suriati Mat Saad, 29, yang juga rakan sekerjanya.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Semarak, Sungai Petani, Kedah antara tengah hari dan jam 5.30 petang pada 19 Sept 2011.

Menurut peguam bela Somchit, K. Simon Murali, pihak pendakwaan telah bersetuju untuk pertuduhan membunuh terhadap anak guamnya dipinda kepada homisid salah tak terjumlah membunuh.

Katanya, anak guamnnya bersetuju dengan pindaan itu dan mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan itu.

Katanya, panel hakim, termasuk Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M. Komathy kemudian membatalkan sabitan kesalahan membunuh dan hukuman gantung dan mensabitkan wanita itu atas tuduhan pindaan.

Murali berkata Somchit, warga Malaysia berasal dari Thailand, diperintahkan menjalani hukuman penjara itu mulai 23 Okt 2018.

Somchit didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 14 Julai 2021 atas kesalahan membunuh.

Dalam memohon hukuman penjara yang ringan, Murali memberitahu mahkamah bahawa kematian Suriati berpunca daripada pergaduhan secara mengejut antara mereka.

Beliau berkata mangsa dan anak guamnya menjalinkan hubungan cinta tetapi hubungan itu menjadi keruh apabila Suriati memutuskan untuk berkahwin.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa Somchit trauma dengan kejadian itu dan sehingga hari ini masih bersedih dengan pemergian rakannya.

Beliau berkata dalam pergaduhan itu, kedua-dua Somchit dan Suriati mengalami kecederaan parah.

Murali memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya telah ditangkap dan ditahan reman di hospital selama 14 hari dan dibebaskan tanpa syarat, sambil menambah tujuh tahun kemudian pada 2018 dia dikehendaki oleh polis.

Somchit menyerah diri dan kemudian didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh pada 23 Okt 2018.

Dalam penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha mengenal pasti kedua-duanya sebagai “pasangan cinta sejenis’’.

Hakim juga berkata keterangan daripada saksi pendakwaan menunjukkan bahawa pergaduhan antara Somchit dan si mati berkemungkinan disebabkan rasa cemburu apabila Somchit mendapat tahu Suriati bakal bertunang untuk berkahwin dengan seorang lelaki.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, P. Sarulatha. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings