the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas pengurus besar, wanita didenda RM30,000, subahat tipu projek pembinaan Mayang Mall

KUALA LUMPUR: Bekas pengurus besar Syarikat Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan seorang wanita didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat menipu syarikat itu bagi meluluskan pembayaran tuntutan RM708,000 berhubung projek pembinaan Mayang Mall di Terengganu.

Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman itu ke atas Khairul Anuar Abd Samad, 49, dan bekas Penolong Pengurus Perolehan dan Kontrak Syarikat Gafis (M) Sdn Bhd, Rosliza Lah, 47, selepas mereka menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan pilihan hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara 30 hari, jika mereka gagal membayar denda.

Khairul Anuar didakwa bersubahat dengan Mohd Azhari Che Omar, 44, yang ketika itu perunding Syarikat Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) untuk menipu PHB dengan membantu Mohd Azhari menandatangani ‘confirmation for payment’ bertarikh 16 Nov 2020 bagi meluluskan pembayaran ‘progress claim’ oleh Syarikat Gafis (M) Sdn Bhd berjumlah RM708,000.

Pembayaran itu membabitkan kerja-kerja bagi projek “Cadangan Membina dan Menyiapkan Pembangunan Bercampur Fasa 1” untuk pusat beli-belah tujuh tingkat di Terengganu sehingga mendorong PHB membuat pembayaran yang dituntut oleh Syarikat Gafis pada 9 Dis 2020, iaitu ia tidak akan dibayar jika PHB mengetahui bahawa kerja-kerja itu tidak pernah dijalankan.

Rosliza pula didakwa bersubahat dengan Mohd Azhari dengan membantu lelaki itu menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk menipu PHB dengan cara memperakukan bahawa Syarikat Gafis layak untuk mendapatkan pembayaran bagi projek sama.

Khairul Anuar dituduh melakukan kesalahan itu di PHB, Blok D, Dataran PHB di Shah Alam, Selangor antara 1 Dis dan 9 Dis 2020 manakala Rosliza di Pejabat YHS Associates Sdn Bhd di Pandan Jaya di sini pada 6 Nov 2020.

Pertuduhan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 417 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohammad Fadhly Mohd Zamry berkata pihak pendakwaan tidak membantah hukuman denda RM30,000 dikenakan terhadap setiap tertuduh sepertimana dipersetujui kedua-dua pihak dalam rundingan bagi pengakuan bersalah untuk pertuduhan pilihan yang ditawarkan.

Peguam Mohd Fikah Sanusi yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon hukuman denda minimum dan anak guamnya turut memohon maaf serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

Pada 11 Okt lepas, Mohd Azhari didenda RM300,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas tertuduh mengaku bersalah atas tiga pertuduhan pilihan menipu syarikat PHB berhubung projek sama. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings