the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

325 penghuni sayu rumah panjang musnah terbakar di hari kedua Gawai

BINTULU: Kebakaran meranapkan kegembiraan sambutan perayaan Hari Gawai bagi 325 penghuni sebuah rumah panjang di Nanga Sigu, Pandan, Sebauh, kira-kira 147 kilometer dari sini, awal hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata Rumah Ugop Umpin sepanjang 43 pintu yang terletak di kawasan pedalaman telah terbakar seratus peratus.

Menurutnya, panggilan kebakaran diterima jam 12.41 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu telah digerakan ke lokasi.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pusat Sehenti Pasca Insiden (PSPI) dibuka untuk mengambil maklumat setiap penghuni rumah panjang tersebut. Mangsa-mangsa dicadangkan untuk ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kuala Sigu yang jaraknya lebih kurang 300 meter dari lokasi kebakaran,“ katanya dalam kenyataan media petang ini.

Beliau berkata anggaran kerugian dan punca kepakaran masih dalam siasatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings