the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

70% peserta PeKa B40 hidap NCD, amaran krisis kesihatan senyap

KUALA LUMPUR: Hampir 70 peratus peserta saringan kesihatan percuma di bawah Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) pada tahun lepas dikesan menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit (NCD).

Pengurus Pakej Manfaat dan Harga Unit Pembelian Strategik ProtectHealth Corporation Dr Yussni Aris @ Harris berkata 301,650 individu disaring menerusi PeKa B40 pada tahun lepas dengan sebanyak 25 peratus daripadanya didapati menghidap dua atau lebih NCD seperti kencing manis, hipertensi, kolesterol tinggi dan obesiti.

“Ini menunjukkan berlakunya peningkatan kes ‘multimorbiditi’ dalam kalangan golongan berpendapatan rendah,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 jelas menunjukkan keadaan yang membimbangkan apabila 2.5 peratus orang dewasa di Malaysia menghidap keempat-empat jenis NCD utama secara serentak.

Dr Yussni berkata peningkatan NCD bukan sahaja menjejaskan kesihatan individu, malah mengancam produktiviti negara secara keseluruhan.

Beliau berkata berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2022, NCD menyumbang kepada 74 peratus kematian di Malaysia, sebahagian besarnya melibatkan golongan usia produktif antara 35 hingga 64 tahun.

“Jika trend ini berterusan, lebih ramai akan mengalami komplikasi seperti strok, serangan jantung dan kegagalan buah pinggang,” katanya.

Sejak dilancarkan pada 31 Mei 2019, hanya 1.6 juta rakyat Malaysia daripada kumpulan B40 telah memanfaatkan saringan kesihatan percuma di bawah PeKa B40 setakat 31 Mei lepas.

Skim itu menawarkan pemeriksaan kesihatan menyeluruh kepada 6.9 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dengan komitmen berterusan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pencegahan awal dalam kalangan masyarakat.

Bagi memperluas capaian saringan, Dr Yussni berkata ProtectHealth menjalin kerjasama strategik dengan 3,979 klinik swasta, 1,044 klinik kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM), 149 hospital kerajaan dan 211 makmal swasta.

Beliau berkata inisiatif ini turut merangkumi program komuniti jangkau luar dan lawatan rumah ke rumah bagi memastikan golongan berisiko tinggi serta berpendapatan rendah tidak tercicir.

“Kita boleh sediakan akses, kemudahan dan maklumat, tetapi jika rakyat sendiri tidak tampil untuk menjalani saringan, krisis kesihatan senyap ini akan terus berlarutan tanpa disedari,” katanya.

ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) ialah anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia di bawah KKM yang ditubuhkan pada 19 Dis 2016. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings