the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 11, 2025
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Projek FTTH RKAT seluruh negara dijangka siap suku pertama 2026

Projek FTTH untuk 59,000 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera di 73 kem seluruh negara dijangka selesai suku pertama 2026 dengan pakej Internet RM49.

PUTATAN: Projek Fibre-to-the-Home (FTTH) di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di seluruh negara, dijadual siap sepenuhnya menjelang suku pertama 2026, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata pada masa ini kerja-kerja pelaksanaan giat dijalankan, antaranya melibatkan pemasangan kabel gentian optik serta pemasangan monopole di sekitar kem tentera yang berjalan lancar dan memuaskan.

“Bagi Markas Divisyen Kelima Infantri, Kem Lok Kawi, saya dimaklumkan projek ini yang melibatkan 500 unit rumah dijangka siap sebelum hujung tahun ini. Apabila siap, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tinggal di sini akan menikmati akses Internet lebih pantas dan murah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau FTTH Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan Point of Presence (POP) Sekolah Kebangsaan Lok Kawi di Markas Divisyen Kelima Infantri, Kem Lok Kawi di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa.

Projek FTTH yang melibatkan keseluruhan 73 kem tentera di seluruh negara dengan lebih 59,000 unit RKAT, merupakan hasil kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan ATM, melalui memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai pada 11 Okt 2024.

Fahmi berkata melalui program berkenaan, warga ATM berpeluang melanggan pakej Perajurit Broadband pada kadar RM49 sebulan bagi kelajuan 100Mbps, dengan harga promosi RM39 sebulan untuk tempoh enam bulan pertama.

Mengenai projek Point of Presence (PoP), beliau berkata ia melibatkan pemasangan di 600 buah sekolah di Sabah dan sehingga kini kemajuan pemasangan sangat memberangsangkan iaitu mencapai 85 peratus.

“Kementerian telah memberikan tempoh sehingga hujung tahun depan dan kini kita hanya ada baki 15 peratus, namun ada sekolah yang berada di kawasan pulau, maka pemasanganya sedikit mencabar namun saya percaya pihak syarikat yang dipertanggungjawabkan dapat melaksanakannya,” katanya.

Pada masa yang sama, Fahmi meminta semua sekolah dan kem tentera yang terlibat dengan projek berkenaan dapat melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS), apabila kemudahan berkenaan disiapkan kelak.

“KIS perlu dilaksanakan untuk meningkatkan pemahaman kepada pengguna mengenai keselamatan dalam talian. Saya tidak mahu keadaan kita sedia Internet yang laju yang murah tetapi tidak selamat,” katanya.

KIS ialah kempen untuk meningkatkan kesedaran dan literasi digital di Malaysia, fokus pada isu seperti buli siber, penipuan dalam talian, perjudian digital, dan kandungan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM). 

Kempen itu menyasarkan pelbagai lapisan masyarakat dan menggunakan pelbagai modul untuk mendidik pengguna tentang cara menggunakan Internet secara selamat dan bertanggungjawab. – Bernama

Related

spot_img

Latest

IKIGAI Corporation Opens New Vietnam Headquarters, Advancing a Vision for Global Harmony and a Better World

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 10 December 2025 – IKIGAI Corporation, a Japan-originated multi-sector enterprise, today announced the opening of its new headquarters at 87–97 Bach Dang, Tan Son Hoa, Ho Chi Minh City, marking a major milestone in its expansion into Vietnam and underscoring its long-term commitment to responsible, sustainable, and globally minded growth.

How Huawei is Helping Build South Africa’s New Digital Highway

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 10 December 2025 - Across South Africa, millions still struggle to get online, limiting access to education, jobs, and opportunity. As the government accelerates its SA Connect broadband strategy, Huawei and Broadband Infraco are helping extend high-speed connectivity to underserved communities.

Hong Kong reclaims top global IPO spot in 2025, says KPMG

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 10 December 2025 - Hong Kong has reclaimed the top spot in global IPO market rankings for the first time since 2019, driven by a record number of A+H listings that contributed over half of total funds raised, according to KPMG's latest Chinese Mainland and Hong Kong IPO Markets 2025 Review and 2026 Outlook.

Hong Kong Kicks Off One-Year Countdown to the XXVIII ANOC General Assembly 2026

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 10 December 2025 - The Steering Committee for the XXVIII Association of National Olympic Committees (ANOC) General Assembly today hosted a one-year countdown kick-off press conference at the Royal Hong Kong Yacht Club, signalling a significant milestone in the preparations for this prestigious international event.

Bupa Hong Kong Broadens Network Across Hong Kong and Mainland China, Offering Access to Over 6,500 Hospitals and Service Points

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 10 December 2025 - Bupa Hong Kong ("Bupa") is proudly expanding its healthcare network to offer customers seamless, personalised and comprehensive care across Mainland China and Hong Kong.

Most Viewed

Over 500,000 evacuated as Thailand-Cambodia border conflict reignites

More than half a million people have fled homes...
spot_img

Popular Categories