the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

74,699 kenderaan dikenakan tindakan setakat Oktober – JPJ Pahang

KUANTAN: Sebanyak 74,699 kenderaan persendirian dan perdagangan telah diambil tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang menerusi operasi yang dijalankan bagi tempoh 1 Jan hingga 28 Okt lepas.

Menurut JPJ Pahang dalam kenyataan malam ini, secara keseluruhannya sebanyak 325,326 kenderaan telah diperiksa dalam tempoh itu.

“Terdapat 33,171 kesalahan membabitkan tiada lesen memandu atau lesen tamat tempoh dikesan manakala tiada perlindungan insurans adalah sebanyak 22,001 kesalahan.

“Secara keseluruhannya, notis saman JPJ P22 yang dicatatkan sepanjang tempoh itu termasuklah berkaitan lesen memandu dan tiada perlindungan insurans adalah sebanyak 126,912. Berhubung dengan jumlah kes berkaitan muatan pula, sebanyak 9,416 kes direkodkan,” menurut kenyataan itu.

Jabatan itu turut memaklumkan jumlah kenderaan disita adalah sebanyak 1,091 di seluruh negeri.

Sehubungan itu, JPJ Pahang menyeru pengguna dan orang awam supaya mematuhi undang-undang jalan raya bagi memastikan perjalanan selamat terutamanya ketika musim perayaan ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings