the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Akta Majlis Media Malaysia reformasi landskap kewartawanan, direalisasi kerajaan Madani – Fahmi

LUMUT: Akta Majlis Media Malaysia (MMM) yang berkuat kuasa semalam merupakan satu reformasi paling bermakna dalam landskap kewartawanan negara yang direalisasikan menerusi Kerajaan MADANI.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata Kerajaan MADANI berjaya merealisasikan penubuhan MMM setelah 50 tahun pengamal media mengharapkan majlis itu diwujudkan.

“Ini adalah reformasi paling besar yang kita (Kerajaan MADANI) bawa. Adanya Majlis Media Malaysia bermaksud organisasi media boleh membincangkan isu-isu sama ada etika kewartawanan ataupun masa depan media dalam negara kita secara sendiri, berdikari, bebas tanpa diganggu ataupun dipengaruh oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan.

“Kita, terutama kawan-kawan dalam Keadilan (PKR), dalam Pakatan Harapan, malah juga kawan-kawan dalam UMNO yang sentiasa perjuangkan kebebasan media, perkara itu (kebebasan media) telah menjadi satu realiti dengan terbentuknya Majlis Media ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Menteri Komunikasi Bersama Komuniti MADANI sempena Program Akademi Asas Penerangan (ASAS) Zon Utara B anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL-MIMET), di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah JaPen Julina Johan.

Pada sidang media selepas Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di Kuala Lumpur semalam, Fahmi mengumumkan Akta MMM mula berkuat kuasa pada 14 Jun 2025.

Fahmi turut memaklumkan beliau akan mengadakan pertemuan dengan 12 anggota Lembaga Pengasas MMM dalam masa terdekat bagi membantu proses membangunkan majlis berkenaan.

Sambutan HAWANA 2025 dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan Bernama selaku agensi pelaksana, bertujuan mengiktiraf peranan dan sumbangan pengamal media dalam pembangunan negara.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional bersempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, bagi meraikan sumbangan pemain industri yang menjadi medium dalam membentuk minda masyarakat bermaklumat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

WTK Holdings to dispose of three Miri oil palm estates for RM221.5 million

The RM221.5 million price tag covers three transactions across the Positive Deal, Biogreen and Borneo estates, and reflects a 5.7% premium over their aggregate independent valuation. Proceeds are earmarked mainly for working capital (RM185.6m) and debt repayment (RM27.0m).

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings