the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal pagi ini, namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari, susulan warga kota pulang ke ibu negara selepas cuti perayaan Deepavali Khamis lepas.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), setakat 10 pagi, tiada kesesakan luar biasa dilaporkan dengan hanya satu lokasi sesak sepanjang tiga kilometer di arah Senawang ke Port Dickson di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akibat kemalangan di km 256.6.

Jurucakap berkenaan berkata pihak PLUS telah mengaktifkan tujuh laluan lorong pintar (smart lane) mulai 9 pagi tadi sehingga 10 malam bagi memudahkan perjalanan pulang warga kota.

“Laluan terbabit antaranya di Putra Mahkota ke Southville City, Rawang ke Sungai Buaya melibatkan kedua-dua arah, Sungkai ke Slim River juga kedua-dua arah dan Senai ke Kulai,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.

Sementara itu, keadaan trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur juga dilaporkan terkawal.

“Kenderaan dijangka bertambah di semua lebuh raya utama menjelang tengah hari nanti,” tambahnya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Striding AI Announces Plans to Develop Next-Generation Robotic Foundation Systems for Physical AI Deployment

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Striding AI today announced that it is developing a new generation of robotic foundation systems designed to accelerate the deployment of Physical AI in real-world environments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings