the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Pahang, Johor sehingga 14 Jan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa lokaliti di Pahang dan Johor yang dijangka berlaku mulai hari ini sehingga Ahad.

MetMalaysia dalam kenyataan pagi ini memaklumkan kedua-dua lokaliti itu membabitkan daerah Rompin di Pahang serta Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Kenyataan itu turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi tempoh sama di kedua-dua negeri terbabit melibatkan daerah Pekan di Pahang dan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai serta Johor Bahru di Johor.

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan hari ini di Sarawak yang meliputi beberapa lokaliti iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, dan Mukah.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings