the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar: Malaysia akan perkukuh hubungan dua hala dengan Iran

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memperkukuh hubungan dua hala dengan Iran dalam pelbagai bidang demi manfaat kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hasrat itu dinyatakan Perdana Menteri dalam pertemuan bersama Presiden Iran Seyed Ebrahim Raisi di New York yang dikongsi menerusi catatan di Facebook hari ini.

“Dalam pertemuan ini, saya nyatakan hasrat Malaysia untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan Iran melalui kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan, keterjaminan makanan, sains dan teknologi serta menerokai potensi kerjasama baharu,” katanya.

Menurut Anwar, dalam pertemuan itu Malaysia turut mengulangi komitmen untuk mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) dan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Ekonomi (JEC) antara kedua-dua negara bagi menghalusi semua potensi skop kerjasama.

“Semoga hubungan Malaysia dan Iran akan terus diperkukuh demi manfaat bersama, insya-Allah,” kata Perdana Menteri.

Anwar kini berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78.

Presiden Raisi merupakan pemimpin asing kedua yang mengadakan pertemuan dengan Anwar di New York hari ini selepas Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings