the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa meningkat ke 5,385 orang

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat mendadak setakat 8.00 pagi ini, dengan seramai 5,385 orang daripada 1,505 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut laporan terbaharu Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, jumlah ini hampir sekali ganda lebih tinggi berbanding 2,981 mangsa daripada 862 keluarga yang direkodkan semalam.

Daerah Bintulu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, dengan 1,481 orang daripada 396 keluarga ditempatkan di enam PPS. Serian pula mencatatkan seramai 1,442 mangsa daripada 446 keluarga yang berlindung di 15 PPS.

Sementara itu, jumlah daerah yang terjejas turut meningkat kepada 14 berbanding 12 daerah sehingga 8.00 malam semalam dengan jumlah PPS yang diaktifkan meningkat dari 36 kepada 47.

Sementara itu, di Sabah, jumlah mangsa banjir terus meningkat mendadak kepada 2,240 mangsa daripada 771 keluarga pada pagi ini, berbanding 1,019 mangsa daripada 291 keluarga malam tadi melibatkan lapan daerah.

Laman sesawang InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan Kota Belud dan Paitan merupakan kawasan terbaharu yang dilanda banjir pagi ini, selain Kota Marudu, Beaufort, Beluran, Tongod, Telupid dan Sandakan.

Kota Marudu kekal menjadi daerah mempunyai paling ramai mangsa banjir dipindahkan iaitu 1,467 mangsa daripada 566 keluarga yang ditempatkan di lima PPS, diikuti Telupid 195 mangsa daripada 48 keluarga di dua PPS, dan Beluran 190 mangsa daripada 55 keluarga di tiga PPS.

Di Sandakan, seramai 118 mangsa daripada 28 keluarga ditempatkan di satu PPS, Beaufort 102 orang daripada 29 keluarga di satu PPS, Kota Belud mencatakan 92 mangsa daripada 21 keluarga di dua PPS, Tongod dengan 54 mangsa daripada 13 keluarga di satu PPS, dan Paitan 22 mangsa daripada 11 keluarga di dua PPS.

Sementara itu, daripada 17 PPS yang dibuka, tiga PPS terpaksa beroperasi melebihi kapasiti 100 peratus iaitu Sekolah Kebangsaan Kota Marudu pada 141.5 peratus dengan 283 mangsa daripada 154 keluarga.

Dewan Kampung Balaban Jaya di Beluran pula beroperasi pada kapasiti 128 peratus dengan 128 mangsa daripada 34 keluarga, manakala Mini Dewan Kampung Bauto di Telupid mencatatkan kadar 115.83 peratus dengan 139 mangsa daripada 32 keluarga.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

TCL Supports “2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run”, Celebrating the Olympic...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 June 2026 - TCL, as a Worldwide Olympic Partner, proudly supported the "2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run", organised by the Sports Federation & Olympic Committee of Hong Kong, China, joining more than 2,500 members of the public and athletes in celebrating International Olympic Day and showing support for Hong Kong athletes competing in the Asian Games.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings