the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir: Tindakan pantas PGU selamatkan nyawa pesakit jantung di Pasir Mas

KOTA BHARU: Tindakan pantas Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyelamatkan nyawa seorang mangsa banjir yang mengalami komplikasi jantung di kawasan terjejas teruk di Rantau Panjang, Pasir Mas.

PDRM menerusi hantaran di laman media sosial Instagram hari ini memaklumkan pesakit lelaki itu dibawa menaiki penerbangan helikopter dari Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi di Rantau Panjang ke Markas Batalion 8 Pasukan Gerakan Am di Pengkalan Chepa sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu dengan ambulans.

“Usaha menyelamat tersebut berjaya membawa mangsa keluar dari kawasan terjejas teruk akibat banjir. Warga PDRM mendoakan semoga pesakit itu dipermudahkan dalam urusan menjalani rawatan dan diberikan kesembuhan,” menurut hantaran itu.

Monsun Timur Laut dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini yang menyaksikan taburan hujan tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings