the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bas dari Thailand dibenarkan masuk ke Malaysia, perlu buat permohonan dengan APAD – Loke

KOTA BHARU: Bas dari Thailand dibenarkan masuk ke Malaysia tetapi perlu membuat permohonan dengan Agensi Pengakutan Awam Darat (APAD) terlebih dahulu dan permit sementara akan dikeluarkan kepada pemohon tersebut.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata bagaimanapun syarikat bas berkenaan perlu mengemukakan maklumat lengkap seperti pakej pelancongan yang diambil, bilangan penumpang dan lokasi penginapan.

“Peraturan ini terpakai kepada semua negeri termasuk Kuala Lumpur, bukannya negeri sempadan semata-mata seperti di Kedah dan Kelantan.

“Perkara ini sudah diputuskan menerusi mesyuarat baru-baru ini cuma yang kita sekat adalah van dari Thailand kerana dibimbangi mereka masuk ke Malaysia dan akan mengambil penumpang di negara ini,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Operasi Fasa 1 Projek Pembesaran dan Menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr Izani Husin.

Media sebelum ini melaporkan, Kerajaan negeri Kelantan telah memohon kelonggaran permit bas pelancong dari Thailand dengan Kementerian Pengangkutan untuk kemasukan kenderaan itu ke negeri ini sempena Tahun Melawat Kelantan 2024.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings