the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bayi 8 bulan alami pendarahan otak disyaki didera ibu, teman lelaki

JOHOR BAHRU: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan mengalami pendarahan otak akibat disyaki didera oleh ibu dan teman lelaki wanita itu.

Ketua Polis Daerah Pontian Mohammad Shofee Tayib berkata bayi itu dibawa ke Hospital Pontian untuk mendapatkan rawatan sebelum seorang pegawai perubatan membuat laporan pada pagi semalam.

Beliau berkata bayi berkenaan dibawa ke klinik swasta sebelum dihantar ke Hospital Pontian dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Bayi itu kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan mendapati punca bayi tidak sedarkan diri kerana mengalami pendarahan otak serta kekurangan oksigen selain terdapat kecederaan di dahi dan lebam di bahagian mata disyaki ada unsur penderaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bayi lelaki itu kini ditidurkan akibat masalah pernafasan.

“Susulan itu, ibunya yang berusia 26 tahun ditahan di HSA Johor Bahru, manakala teman lelaki wanita itu yang berusia 24 tahun menyerah diri Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Pontian, semalam,” katanya.

Kedua-dua suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan reman tujuh hari mulai hari ini hingga 31 Julai bagi siasatan lanjut.

Mohammad Shofee berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A ) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan dan sebarang maklumat boleh disalurkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Pontian.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings