Saturday, November 1, 2025
22.1 C
Malaysia
spot_img

Beberapa kawasan Pulau Pinang dilanda banjir kilat dan pokok tumbang

The Sun Berita

GEORGE TOWN: Hujan lebat awal pagi tadi disertai ribut petir menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Balik Pulau, Jelutong dan Gelugor di sini dilanda banjir kilat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata, keadaan yang berlarutan hampir dua jam dari 2.42 hingga 4.05 pagi itu turut mengakibatkan pokok tumbang, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kawasan terjejas ialah Jalan Jelutong berhampiran Balai Polis Jelutong, Jalan Bukit Lama, Jalan Genting dan Jalan Sungai Nipah di Balik Pulau serta Jalan Kampung Kastam dekat Gelugor.

“Beberapa pokok tumbang merintangi jalan sehingga menghalang lalu lintas, malah ada yang menghempap tiang elektrik. Bagaimanapun kejadian tidak melibatkan mangsa dan paras banjir kilat yang dilaporkan juga tidak berada pada tahap bahaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pasukan bomba digerakkan ke lokasi bagi melakukan pemantauan, mengalihkan pokok tumbang serta membersihkan kawasan terjejas bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya – BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Hong Kong Design Centre Announces DFA Hong Kong Young Design Talent Award 2025 Winners

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 31 October 2025 - Hong Kong Design Centre (HKDC) proudly marks the 20th milestone of the DFA Hong Kong Young Design Talent Award (DFA HKYDTA) with the announcement of its 2025 awardees. Selected by a professional panel of judges, this year's 17 talented young designers from Hong Kong have been recognised for their outstanding creativity and innovative contributions.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img