SANDAKAN: Bekalan darah jenis O negatif di Hospital Duchess of Kent di sini berada di tahap kritikal dan orang ramai yang mempunyai darah kumpulan tersebut di sekitar bandar ini diminta tampil menderma bagi membantu keperluan mendesak hospital berkenaan.

Anggota Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, dalam satu kenyataan di akaun Facebook miliknya, berkata keadaan tersebut sebagai situasi kecemasan.

“Kecemasan, darah O negatif diperlukan di Hospital Duchess of Kent. Sandakan. Pada masa ini kritikal, jika anda tahu darah siapa O negatif,“ katanya.

Dalam pada itu, Vivian berkata orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan agar menghubungi pihaknya di talian 010-9419491 (Kelly) atau 016-5869903 (Tung), selain Wendy di talian 012-8133683. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image