the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bomba terima 2,575 panggilan kecemasan kes pokok tumbang

PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima 2,575 panggilan kecemasan melibatkan kejadian pokok tumbang untuk tempoh Januari hingga Julai tahun ini menyaksikan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi.

JBPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan terdapat 441 kes pokok tumbang di Selangor diikuti 321 di Perak dan 264 di Sarawak.

Daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan sebanyak lapan kematian dicatatkan, 27 mangsa mengalami pelbagai kecederaan manakala 37 lagi selamat.

JBPM menasihatkan orang ramai, khususnya pengguna jalan raya agar sentiasa berwaspada apabila berada di jalan raya sewaktu cuaca buruk.

“Pemandu kenderaan perlu memberikan perhatian kepada keadaan sekeliling terutama apabila berada di jalan raya yang terdapat pokok besar atau berusia di kiri dan kanan jalan raya.

“Sekiranya berlaku perkara tidak diingini, jangan panik, matikan enjin kenderaan terlebih dahulu dan cuba mohon bantuan orang awam atau menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan,” menurut kenyataan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings