the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Chegu Bard mengaku tidak salah terbit kenyataan menghasut isu ‘kasino Forest City’

JOHOR BAHRU: Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan penerbitan menghasut berkaitan projek kasino di Forest City, Jumaat lepas.

Badrul Hisham, 45, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rasidah Roslee.

Dia didakwa membuat penerbitan menghasut menerusi akaun Facebook miliknya dengan nama “Che GuBard” di Mutiara Villa Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 6.30 petang, 26 April lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan barisan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud, Abdul Ghafar Ab Latif, Abdul Malik Ayob dan Nadia Mohd Izhar manakala Chegu Bard diwakili Muhammad Rafique Rashid Ali.

Turut hadir Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim sebagai peguam pemerhati.

Terdahulu Masri menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin selain memohon perintah larangan bersuara (gag order) agar kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang komen atau kenyataan umum menerusi mana-mana platform media sosial sehingga kes selesai.

Bagaimanapun, Muhammad Rafique memohon jumlah jaminan lebih rendah atas alasan anak guamnya menanggung isteri dan empat anak termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) selain hanya isterinya sahaja yang bekerja ketika ini.

Muhammad Rafique juga memaklumkan bahawa jumlah jaminan RM20,000 yang ditawarkan pendakwaan adalah tinggi berbanding hukuman diperuntukkan di bawah Akta Hasutan sebanyak RM5,000.

“Anak guam juga sudah dituduh atas kesalahan sama di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur dengan jaminan ditetapkan RM10,000 dengan seorang penjamin.

“Perintah larangan yang dimohon pihak pembelaan pula tidak khusus dan bersifat injuksi. Perintah itu adalah tidak berperlembagaan kerana mengikut Perkara 10, rakyat Malaysia ada kebebasan untuk membincangkan sesuatu perkara secara terbuka mengikut undang-undang,” kata peguam itu.

Mahkamah kemudian membenarkan Badrul Hisham diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menolak perintah larangan bersuara yang dipohon pihak pendakwaan, selain menetapkan 24 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Semalam, Badrul Hisham didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menghasut dan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings