the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dasar pendidikan tinggi percuma Sarawak tidak akan akibatkan kenaikan cukai

KUCHING: Dasar pendidikan tinggi percuma Sarawak yang dijangka dilaksanakan pada 2026 tidak akan menyebabkan kenaikan cukai atau pengurangan di dalam pembangunan sektor-sektor lain, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee.

Beliau berkata sebaliknya dasar itu boleh dipertahankan menerusi satu model kewangan kukuh yang dilaksanakan kerajaan negeri dalam tahun-tahun sebelum ini , dan ini terbukti apabila Sarawak terus menyaksikan kenaikan pendapatannya beberapa tahun lepas.

“Kami tahu pendapatan kami akan meningkat. Sarawak mencatatkan pendapatan sebanyak RM13.1 bilion pada 2023 … Keluaran Dalam Negara Kasar kami juga dijangka meningkat,” katanya kepada pemberita dalam satu wawancara menerusi aplikasi Zoom di sini hari ini.

Pada 22 Nov lepas, Dr Annuar dilaporkan berkata 25,000 penuntut Sarawak di negeri ini dijangka menerima manfaat daripada dasar pendidikan tinggi percuma itu nanti.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 1 Okt lepas berkata pendidikan percuma di universiti serta institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Sarawak adalah untuk anak jati Bumi Kenyalang dan dijangka dilaksanakan pada 2026.

Beliau berkata unjuran pendapatan tahunan Sarawak yang terus menunjukkan peningkatan sejak 2020 telah memberikan keyakinan kepadanya untuk menetapkan jangkaan itu oleh kerajaan negeri.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Aberdeen Technical School “ATS Robot” Wins 1st Runner-Up at Robofest World Championship

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - The robotics team from Aberdeen Technical School (ATS), ATS Robot, has shone brightly on the academic innovation and technology stage in recent years.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings