the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Derma Arab Saudi tidak langgar kod etika – Najib

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini penerimaan wang didakwa derma daripada Raja Arab Saudi Almarhum Raja Abdullah ke dalam akaun bank peribadinya tidak melanggar sebarang peraturan yang termaktub di bawah Kod Etika Bagi Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen.

Najib yang memberi keterangan sebagai saksi pembelaan pertama ketika membela diri membabitkan tuduhan menyeleweng RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkata demikian ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar.

Semasa prosiding, Kamal Baharin merujuk Najib kepada dokumen Kod Etika Anggota Pentadbiran yang menjelaskan tentang hadiah, keraian dan upahan dan secara spesifik pada ayat ‘Anggota pentadbiran hendaklah mengelak daripada menggunakan jawatannya untuk kepentingan peribadi seperti meminta atau menerima apa-apa hadiah, upahan atau kemudahan yang boleh menjejaskan integriti mereka’.

Kamal Baharin: Setuju dengan saya, berdasarkan ayat ini, Datuk Seri yang memegang jawatan perdana menteri ketika itu tidak boleh terima sebarang hadiah yang boleh menjejaskan integriti.

Najib: Tidak setuju. Saya tidak setuju (tidak boleh terima hadiah). Kalau hadiah itu mempengaruhi kita dalam membuat apa-apa keputusan, barulah tak boleh.

Kamal Baharin: Jadi soalan saya, bolehkah sumbangan Raja Abdullah itu?

Najib: Saya tak anggap hadiah sebagai menjejaskan integriti, hadiah itu tak ada kena mengena dengan kuasa kita dan ia tak jadi masalah…mengikut fahaman saya.

Bekas perdana menteri itu juga tidak bersetuju dengan cadangan Kamal Baharin bahawa beliau bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada Kabinet berkenaan penerimaan wang derma itu.

Sementara itu, Najib berkata walaupun tidak mempunyai tanggungjawab untuk memaklumkan kepada Kabinet berkenaan wang derma itu, beliau pernah memberi bayangan kepada Kabinet bahawa Raja Abdullah akan memberikan sokongan kepadanya dari segi kewangan.

“Saya beri bayangan kepada Kabinet semasa mesyuarat Kabinet bahawa Raja Abdullah akan beri sokongan tetapi saya tidak jelaskan secara terperinci kerana ini merupakan sumbangan peribadi.

“Walaupun sumbangan bertujuan untuk tanggungjawab sosial korporat dan untuk menyokong kepimpinan saya tetapi ia diberikan kepada saya secara peribadi,“ kata Najib.

Ketika disoal Kamal Baharin sama ada beliau memberitahu Kabinet untuk kesemua empat transaksi penerimaan wang yang dikatakan derma ke dalam akaunnya, Najib berkata “hanya sekali sahaja”.

Pada perbicaraan sebelum ini, Najib mendakwa bahawa Raja Abdullah dalam satu pertemuan pada 2010 menjanjikan sokongan kewangan kepadanya dan beliau mendakwa empat surat derma Arab yang dikeluarkan antara 1 Feb 2011 hingga 1 Jun 2014 menjanjikannya derma US$100 juta, US$375 juta, US$800 juta dan £50 juta.

Pada 30 Okt tahun lepas, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Najib untuk membela diri, selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

Najib, 71, berdepan 25 pertuduhan, termasuk empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan RM2.3 bilion dana 1MDB sebagai rasuah dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung esok.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Farm Price eyes Main Market move after meeting profit, financial criteria

“Farm Price Holdings Bhd has proposed to transfer its listing from Bursa Malaysia’s ACE Market to the Main Market, saying the move reflects the group’s progress, operating discipline and readiness for its next phase of growth. Managing director Dr Lawrence Tiong Lee Chian said the transfer is expected to enhance credibility, broaden investor recognition and reinforce confidence in its long-term prospects.
spot_img

Popular Categories