the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dr Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa semua lapisan rakyat supaya menolak sebarang anasir yang cuba melaga-lagakan mereka dengan memainkan isu perkauman.

Wan Azizah, yang juga isteri Perdana Menteri berkata rakyat perlu lebih matang dalam mendepani perbezaan pendapat serta kepercayaan, dengan mencari titik persamaan dan bukannya memperbesarkan perselisihan faham yang kecil.

Katanya keamanan dan keharmonian negara yang dikecapi pada masa ini adalah tanggungjawab bersama dipelihara dengan sebaik-baiknya agar kekal utuh untuk generasi akan datang.

“Seperti yang kita semua maklum, prinsip ‘perpaduan dalam kepelbagaian’ atau ‘unity in diversity’ telah menjadi teras kepada keharmonian masyarakat Malaysia sekian lama.

“Keindahan budaya dan adat yang berbeza tidak pernah menjadi jurang pemisah, malah ia mengukuhkan lagi hubungan antara kita semua.

“Oleh itu, marilah kita terus memelihara warisan perpaduan ini,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Parlimen Bandar Tun Razak di perkarangan Kompleks Renang Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.

Dr Wan Azizah berkata penganjuran majlis itu merupakan platform terbaik untuk mengukuhkan persahabatan dan semangat kekeluargaan, selari dengan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan nilai kesejahteraan dalam masyarakat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Budget 2027: Kota Bharu ECRL bus station to ease travel, cut congestion

Budget 2027’s proposed bus station at Kota Bharu ECRL station aims to improve public transport connectivity in Kelantan, ease congestion and link rail passengers to urban and rural destinations

TNB to cooperate with authorities over electric shock incident in Alor Setar

TNB will cooperate with authorities investigating an electrical incident that injured three teenagers during a temple procession in Alor Setar after a flagpole allegedly came too close to a high-voltage power line

Most Viewed

spot_img