the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua beranak maut motosikal langgar tiang elektrik di Pantai Remis

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

PANTAI REMIS: Seorang wanita dan anak lelakinya maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di Jalan Huntly, Kampung Sungai Batu, dekat Pantai Remis tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 12.45 tengah malam itu, mangsa yang berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

“Kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah pekan Pantai Remis menuju ke Kampung Sungai Batu apabila motosikal jenis Honda Vario yang ditunggang (wanita itu) hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar tiang Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Anak lelaki mangsa yang berusia 10 tahun turut mengalami kecederaan dan dikejarkan ke klinik berhampiran namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nur Syafiqah Baharudin dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6899072. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nurturing Heart and Liver Health: “Tong Ren Care” Brings Community Service to Campuses

HONG KONG SAR – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Beijing Tong Ren Tang Chinese Medicine Company Limited (“Beijing Tong Ren Tang”) (3613.HK) held its “Tong Ren Care” community health seminar last Saturday (10 October 2026) under the theme “Nurturing Heart and Liver Health with Greater Care”.

Temasek Trust and World Bank Group Forge Strategic Partnership to Advance Shared Development Priorities

BANGKOK, THAILAND – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Temasek Trust and the World Bank Group today signed a memorandum of understanding (MoU) to establish a strategic partnership aimed at harnessing the complementary strengths of philanthropy and development finance to advance shared development priorities.

Most Viewed

spot_img