the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
33.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua lelaki ditahan curi kabel TM di Jelebu

SEREMBAN: Polis menahan dua lelaki tempatan disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia Berhad (TM) di kawasan Kampung Ulu Petasih, Kuala Klawang, Jelebu dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jelebu Supt Azizan Said berkata kedua-dua suspek berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun itu ditahan anggota petugas Balai Polis Kuala Klawang yang menjalankan Ronda Cegah Jenayah pada 3.45 pagi.

Beliau berkata kedua-dua lelaki yang menaiki kereta Proton Iswara itu dalam keadaan mencurigakan dan sebaik sahaja menyedari kehadiran anggota polis mereka cuba melarikan diri namun gagal.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan dinaiki suspek menemukan segulung kabel disyaki milik TM yang telah dipotong dan peralatan disyaki digunakan untuk mencuri kabel.

“Turut dirampas satu peket lut sinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu dianggarkan seberat 5.4gram. Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku mencuri kabel berkenaan di Jalan Kuala Pah, Peradong, Jelebu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 atau 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A (1) atau Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata mereka ditahan hingga esok mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong hosts Lions International Convention for the third time

The Hong Kong Tourism Board is proud to support the 108th Lions International Convention 2026 in Hong Kong. Having previously hosted the convention in 1992 and 2005, Hong Kong has once again been chosen by Lions Clubs International as the venue for its flagship event, attracting around 17,000 delegates from across the globe.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings