the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua lelaki seludup daging babi sejuk beku ditahan

JOHOR BAHRU: Dua lelaki tempatan berusia lingkungan 55 tahun ditahan Polis Marin Wilayah Dua dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan daging babi sejuk beku di sebuah jeti haram di Teluk Kabong, Pasir Gudang di sini pada 6.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata 197 kotak daging babi sejuk beku tidak bercukai yang dibawa masuk dari negara jiran turut dirampas dalam operasi bersama Bahagian Penguatkuasaan Kastam Pengerang.

“Selain itu sebuah bot fiber berwarna biru berserta satu unit enjin bot 75 kuasa kuda jenama Yamaha dan sebuah lori jenama Isuzu turut dirampas. Nilai keseluruhan rampasan ialah RM337,750,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Mohd Sohaimi pada masa sama meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berhubung aktiviti penyeludupan di kawasan mereka.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings