the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada suku ketiga 2024 – Jabatan Perangkaan

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia mengekalkan pertumbuhan kukuh pada suku ketiga pertama 2024, berkembang 5.2 peratus dari Januari hingga September, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata ia menunjukkan peningkatan ketara berbanding pertumbuhan 3.8 peratus dicatatkan dalam tempoh sama pada 2023.

“Prestasi memberangsangkan ini mencerminkan daya tahan yang berterusan walaupun menghadapi ketidaktentuan global dan dilihat sebagai petanda positif untuk kestabilan ekonomi negara

“Sehubungan itu, ekonomi Malaysia berada pada landasan kukuh untuk pembangunan yang berterusan sepanjang tahun 2024.” katanya dalam laporan Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia (MESR) Siri 12/2024 yang dikelurkan hari ini.

Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 2.1 peratus tahun ke tahun pada Oktober 2024, sedikit perlahan berbanding 2.3 peratus pada September, pertumbuhan itu dipacu oleh sektor Pembuatan (3.3 peratus) dan Elektrik (2.5 peratus) manakala sektor Perlombongan menyusut 2.8 peratus.

Dari segi bulanan, IPP meningkat semula dengan pertumbuhan 1.7 peratus.

Pada masa sama, sektor Pembuatan mencatatkan peningkatan jualan 3.0 peratus tahun ke tahun, mencapai RM161.3 bilion pada Oktober 2024, pertumbuhan tersebut didorong kebanyakannya oleh subsektor Makanan, Minuman dan Tembakau yang melonjak 11.2 peratus.

Melihat kepada sektor perkhidmatan secara keseluruhan, industri Perdagangan Borong dan Runcit terus memperlihatkan prestasi yang menggalakkan pada Oktober 2024, jualan mencapai RM150.1 bilion, meningkat 5.5 peratus berbanding tahun sebelumnya

Bagi prestasi perdagangan luar Malaysia pula, prestasi perdagangan negara kekal stabil pada Oktober 2024 dengan jumlah dagangan meningkat 2.1 peratus tahun ke tahun untuk mencapai RM244.3 bilion.

Eksport mencatatkan peningkatan sederhana 1.6 peratus berjumlah RM128.1 bilion manakala import naik 2.6 peratus kepada RM116.1 bilion.

Walaupun lebihan dagangan merosot 7.6 peratus kepada RM12.0 bilion, data bulanan menunjukkan prestasi lebih positif dengan eksport, import, dan jumlah dagangan masing-masing melonjak 3.7 peratus, 4.8 peratus dan 4.2 peratus.

Pasaran buruh Malaysia pula meneruskan momentum positif dalam pertumbuhan tenaga kerja, Tenaga buruh meningkat 1.7 peratus, daripada 16.97 juta pada Oktober 2023 kepada 17.27 juta, mendorong Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB) naik kepada 70.5 peratus, kata Mohd Uzir.

Tenaga buruh juga menunjukkan peningkatan dengan kenaikan 1.9 peratus kepada 16.72 juta.

Beliau menjelaskan bahawa Indeks Pelopor (IP) Malaysia mencatatkan kenaikan 1.5 peratus tahun ke tahun pada Oktober 2024, menokok kepada 111.1 mata berbanding 109.5 mata pada tahun sebelumnya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img