the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat cedera dalam nahas babit 13 kenderaan di Lebuhraya BKE

ALOR SETAR: Empat individu termasuk seorang wanita cedera dalam kemalangan melibatkan 13 kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 21 Lebuhraya BKE menghala ke Baling, dekat Kulim hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azwan Hamdan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung nahas itu pada 7.37 pagi tadi.

“Setiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan membabitkan 13 kenderaan dan empat mangsa termasuk seorang wanita diselamatkan oleh orang awam sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.

“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan lanjut,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, pihak polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings