the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Exco pelancongan perlis ditidurkan akibat komplikasi jantung, paru-paru

KANGAR: Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini sejak petang semalam.

Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata Wan Badariah, 47, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Mata Ayer dari parti PAS ditidurkan selepas mengalami komplikasi jantung dan paru-paru.

“Beliau dimasukkan ke hospital petang semalam dan masih ditidurkan tetapi (keadaan) stabil.

“Kita doakan beliau cepat sembuh, punca awal tiroid, kemudian dikesan (mengalami komplikasi) jantung dan paru-paru…ada air dalam paru-paru,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Mohd Shukri berkata pada masa ini pihaknya belum membuat sebarang keputusan melantik pemangku bagi menggalas tugas Wan Badariah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings