the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
33.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fadhlina: Ibu bapa jangan terpengaruh ranking sekolah berdasarkan keputusan SPM

ALOR SETAR: Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan ranking bagi mengukur prestasi antara sekolah berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, yang tular menerusi media sosial sejak semalam.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kementeriannya sama sekali tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau pengesahan berkaitan ranking berkenaan.

“KPM tidak pernah mengeluarkan apa-apa secara rasmi berkaitan perkara itu (ranking)… apa yang diunjurkan melalui gred purata sekolah (GPS) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) itu adalah untuk sekolah, daerah dan negeri sendiri dan ia bukan untuk dipertandingkan.

“Ia adalah satu usaha untuk melihat perkara baharu yang perlu dilaksanakan kepada calon-calon SPM yang akan datang, jadi tidak timbul pasal ranking itu,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jerayawara Pendidikan MADANI dan Majlis Jalinan Mesra Bersama Menteri Pendidikan di sini hari ini.

Beliau berkata ranking berkenaan bukan menjadi kayu ukur kepada petunjuk prestasi utama (KPI) sebaliknya ia merupakan sokongan kepada peningkatan dan kemajuan sesebuah sekolah.

“Jadi, saya harap ibu bapa jangan terpengaruh dengan ranking itu… apa yang penting adalah untuk melihat dan memberi fokus kepada anak-anak sendiri selain mencari pendekatan untuk memperkukuh sistem pembelajaran anak-anak,“ katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai isu pelajar lepasan SPM yang tidak menyambung pengajian di peringkat tinggi, Fadhlina berkata KPM sentiasa mengambil peduli, memberi bimbingan serta memantau melalui Sistem Pengesanan Murid Lepasan SPM.

“Kalau dilihat, KPM paling konsisten menjaga potensi, minat dan hala tuju pelajar ini sebab itu kita ada memberi bimbingan, kerjaya dan kaunseling di peringkat sekolah sejak awal lagi. Pelbagai ujian berkaitan kemahiran juga telah dilaksanakan bagi melihat minat dan hala tuju mereka.

“Selain itu, banyak festival kerjaya dan ceramah motivasi daripada alumni sekolah diadakan bagi memupuk minat pelajar ini untuk menyambung pengajian selepas tamat SPM. Cumanya, ada yang tidak menyambung pengajian atas pilihan sendiri atau keluarga… jadi kita perlu mengambil kira faktor luaran lain yang menyebabkan mereka tidak menyambung pengajian,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong hosts Lions International Convention for the third time

The Hong Kong Tourism Board is proud to support the 108th Lions International Convention 2026 in Hong Kong. Having previously hosted the convention in 1992 and 2005, Hong Kong has once again been chosen by Lions Clubs International as the venue for its flagship event, attracting around 17,000 delegates from across the globe.

Police hunt for man driving against traffic, hitting two vehicles on NSE

Acting Rembau district police chief DSP Azmi Ali said the incident occurred after the police ordered the 30-year-old driver to stop following a check that found the road tax and insurance for the Volkswagen Passat vehicle had expired.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings